Temuduga Terbuka PERKESO
11 September 2025 | Aktiviti TerkiniMasa: 9.00 pagi – 2.00 petang .
PERKESO telah mengadakan temuduga terbuka di NADI Pekan Changkat Jering melibatkan dua majikan iaitu daripada Flextronics Technology Penang Sdn Bhd dan Eko Metal Industries Sdn Bhd. Program ini bertujuan untuk membantu memudahkan pencari kerja sekitar Changkat Jering untuk mencari pekerjaan.
NADI Pekan Changkat Jering mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PERKESO dan tahniah selamat maju jaya kepada semua pencari kerja. Semoga mendapat pekerjaan yang diidamkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: