Mahir Masak - Kelas Pistachio Kunafa Brownies

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Alhamdulillah, kelas Pistachio Kunafa Brownies telah berjaya dijalankan dengan lancar di NADI Pekan Changkat Jering. Program ini diadakan secara santai dan eksklusif dengan penyertaan seramai 7 orang peserta sekitar Changkat Jering.

Sepanjang kelas berlangsung, para peserta telah mempelajari teknik penyediaan brownies moist yang digabungkan dengan kunafa rangup dan topping pistachio yang lazat. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan sendiri brownies mereka dengan bimbingan secara atas talian.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai program ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberikan manfaat kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali