Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Menengah sekitar Daerah Larut Matang & Selama
17 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober yang lalu, NADI berpeluang mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama dengan 70 orang pelajar dan guru daripada 36 buah sekolah sekitar daerah Larut Matang Selama.
Para pelajar dan guru didedahkan dengan topik seperti bahaya kandungan media sosial, Jejak Digital dan Pengantunan Seksual dalam Talian.
Terima kasih kepada semua pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang mesra. Semoga pendedahan seperti ini dapat membantu pelajar menggunakan internet dengan lebih bijak dan beretika.
#KempenInternetSelamat #NADI
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: